Wednesday, April 1, 2009

Karangan Terbaik UPSR 2007

Tajuk : satu kemalangan
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sunday, March 29, 2009

Sahabat Sejati

video

lagu ni khas tuk sahabat2ku... ikhlas dari hati kecilku...(",)

The Word " Friend" in many languages...


Albanian -- mik

Afrikaans - vriend

Chinese - p�ngyou

Dutch - vriend, vriendje

Danish - ven

Estonian - s�ber

French - ami

German - freund

Georgian - megobari

Hungarian - bar�t

Indian - dost

italian - amicoI

rish - cara

Japanese -- tomodachi

korean -- jingu

Latin -- amicus

Manx -- carrey

Old English -- freond, wine

Persian -- dust

Russian -- prij�tel

Sanskrit -- mitra

Spanish -- amigo

Swahili -- rafiki

Turkish -- dost,arkadas

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman,
suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya.
Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari.
Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang..
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam.
Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki..
Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.Menurut salah satu daripada budak-budak itu,rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi,minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki..

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis kedalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah),
syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang.. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan.
Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu.
Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH. Wallahu a ' lam...


MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.


semoga hari ini lebih baik dari semalam.Wallahu a ' lam

tak puas hatiiiii

ehhhh geram betul la bila teringat ada peniaga suka-suka ati nak naik kan harga topup...ada ke patut????? memang tak patut betul
nk dijadikan cerite minggu lalu, sampai di hentian medan gopeng...
zura terdesak nk beli topup maklum la nk kol abah suruh ambil huhuhuhu
pastu zura pun cr la kedai topup dlm hentian tu..
mmg ada satu je pun kedai topup kat situ
zura g la tanya ada jual topup maxis RM 10 tak... minah jual topup tu kata jual RM 11 tak jual RM10 ada ke patut... zura apa lagi terus cancellll beli...
bukan sebab zura terlalu mengira dgn RM1 tp memang mengira pun hehhehehe...maklum la student bukan ada duit sgt...
dan tindakan manusia yg tak bertanggujawab suka suka hati nk menaikkan harga topup mmg membebankan pengguna tahu tak....dah la negara ngah kegawatan ekonomi korang sedap2 nk naikkan harga,nak je aku report kat persatuan pengguna tahu tak..tapi sbb aku baik la sgt (ye ke??) aku tak mengadu..konon2 nk bg peluang, kalau next month aku balik masih tak berubah juga harga topup..soriii la beb terpaksa la report kat persatuan pengguna...lgpun perbuatan naikkan harga topup ni salah tau di sisi undang2...
Kepada manusia yg suka cekik darah...korang letak la diri korang kat tempat kami selaku pengguna walaupun RM1 tak besar mana tp kalau dapat beli gula2,beli roti dll kenyang perut aku....
peringatan gak kepada pengguna-pengguna bijaksana macam sy, jgn la korang nk g support perbuatan manusia2 cekik darah ni (termasuk peniaga lain2 selain penjual topup), nanti makin menjadi2 la lemak mereka,sape yg susah kita selaku pengguna juga yg susah.. oleh itu sama2 la kita boikot golongan pencekik darah demi kemaslatan kita huhuhuhu... tak lupa juga kepada pihak2 berwajib jalankan la tanggungajawab anda jgn tgk je dpn mata.. buat2 tahu lak.. sekali sekala menyamar la baru kegiatan penindasan pengguna dapat di basmi....
last sekali zura nk kita semua pikir2 kan, adakah anda sorg pengguna BIJAK atau pengguna diPIJAK....tepuk dada tanya diri...

kisah saya hehehehe

salam semua..
hari ni hepi sgt sbb family datang melawat
tp kelakar btul bila tau mak dah nk pai bilik,
baru kelam kabut nk kms bilik takut kn membebel dgn mak sbb bilik bersepak glerrr...huhuhuhu biasa la budak terlebih rajin mmg camni.
pastu bawa family makan kat village view dah la mahal tak sedap pula tu...pokai duit mak hehhehehehe tp tak pe mudah mudahan murah rezeki (",)...b4 family nk gerak balik ke ipoh, kami sekeluarga sembang macam2 kelakar btl...zura suka betul cubit pipi adik hehehhehe cian dia..sabar je la ye akmal huhuhu
bila abah kata dah nk gerak pulang rasa sedih la pula tp hepi la juga sbb dapat duit banyak gak la 150 huhuhuhu duit belanja tu bulan 4 padahal duit PTPTN masih ada hehehhehehhehe.... kaya2 huhuhu pastu dapat stok makanan lak tu hehehhe jimat duit aku hehehehhe
tp bila dalam keadaan tegang macamni memikirkan assignment berlambak2 n test yg tak sudah2 memang betul2 buat zura rs release 10sion n bersemangat..... yeahhhhhh BERUSAHA!!!!!!